Tuesday, 27 March 2012

syair nilai sebuah bunga

Ku petik bunga mawar,
Ku letak di kepala,
Ku tanam sini sana,
Harum indah baunya.

Ku tanam pokok orkid,

Ku letak di jendela,
Ku pandang sini sana,
Makin berseri jadinya.

Ku pandang pokok kekwa,
Ku nampak kura-kura,
Ku main sampai senja,
Alamak solat ku terlupa.

Ku main pokok bunga,
Matahari namanya,
Ku petik ambil bijinya,
Habis layu jadinya.

Ku petik bunga raya,
Ku letak di telinga,
Semua orang gembira,
Bila tiba hari raya.

Monday, 12 March 2012

bunga raya


  • ini bunga raya
  • bunga raya ada lima kelopak.
  • bunga raya mempunyai pelbagai warna seperti merah, putih, merah jambu dan kuning.
  • bunga raya melambangkan bunga kebangsaan.

bunga teratai

  • ini bunga teratai.
  • bunga teratai hidup di atas air.
  • bunga teratai mempunyai dua jenis warna iaitu putih dan merah jambu.
  • bunga teratai mempunyai batang yang panjang, buah dan daun yang lebar. 

bunga kertas

  • ini bunga kertas.
  • bunga kertas ada pelbagai warna seperti warna merah, ungu, kuning, putih dan merah jambu.
  • bunga kertas ini mempunyai duri pada batangnya.

bunga kemboja



  • ini bunga kemboja
  • bunga kemboja ada dua jenis warna iaitu warna putih dan merah jambu
  • bunga kemboja berbau harum
  • bunga kemboja mempunyai daun yang panjang.

bunga matahari


  • ini bunga matahari.
  • bunga matahari berwarna kuning.
  • ia mempunyai kelopak yang besar dan berlapis.
  • ia mempunyai batang yang panjang dan daun yang lebar.
  • biji benihnya boleh diproses menjadi kuaci.

bunga mawar


  • bunga mawar atau lebih dikenali nama saintifiknya iaitu Rosaceae.
  • bunga ini mempunyai banyak warna seperti merah, kuning, putih dan juga merah jambu. 
  • bunga ini berbau harum.
  •  
  • batangnya mempunyai duri.
  • bunga ini memiliki kelopak yang banyak.