Thursday, 5 April 2012

Rancangan mengajar


Rancangan Mengajar
Nama Tadika                           :Impian Permata Hati
Bilangan Murid                       :14 / 15 orang murid
Umur                                       : 6 tahun
Minggu& Hari                         : Minggu ke 15 & Isnin
Tarikh                                      : 11 April 2012
Cadangan Masa                      : 30 minit (9.00 -9.30 pagi)
Tema dan Tajuk                      : alam hidupan (tumbuh- tumbuhan)
Tunjang Utama                       : Tunjang Komunikasi Bahasa Melayu - (BM)
Tunjang Disepadukan             :
       I.            Tunjang Kurikulum-Sains dan teknologi (ST)-Awal Sains
    II.            Tunjang Fizikal Dan Estetika – Perkembangan Fizikal dan Kesihatan
Standard Pembelajaran Utama :
        i.            (BM 1.2.2) Mengenal perkataan dengan bunyi suku kata awal yang berbeza.
Standard Pembelajaran Yang Disepadukan :
        i.            ( ST 13.1.4) bersikap positif dalam menggunakan ICT.
      ii.            (PFK 1.1.15) menggunting menghasilkan satu bentuk.
Objektif : Diakhir pembelajaran, murid boleh :
        i.            Memahami perkataan dengan bunyi suku kata awal yang berbeza.
      ii.            Menggunakan ICT dengan sikap positif.
    iii.            Boleh menggunting untuk menghasilkan satu bentuk dengan baik.
Pengetahuan Sedia Ada          : murid sudah mengenali beberapa jenis bunga.
Penerapan Nilai                       : Keyakinan, kerjasama,bersungguh-sungguh,ketekunan.

Alat Bantu Mengajar              :replika bunga, gunting, kertas warna, lidi, lirik lagu,  lembaran kerja,ICT.
KBKK                                    : menjana idea, menhubungkaitkan
           



















Langkah /Masa
Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Catatan
Aktiviti Guru

Aktiviti Murid

Set Induksi
(5 minit)







-guru masuk ke dalam kelas dengan membawa satu replika bunga dan menunjukkannya kepada murid.

-kemudian, guru bertanya kepada murid apakah yang dibawa oleh guru tersebut .

-seterusnya, guru memberitahu murid bahawa pembelajaran pada hari ini ialah mengenai alam hidupan iaitu bunga- bungaan di Malaysia.


-murid melihat replika yang dibawa oleh  guru dengan perasaan tertanya-tanya.


-murid menjawab dengan pelbagai jawapan.

-murid mendengar penerangan guru dengan penuh perhatian.



ABM; replika bunga.


Objektif: -

Nilai:
keyakinan, bersungguh-sungguh,ketekunan

KBKK:menjana idea, menghubungkaitkan.
   
Langkah 1
( 10 minit)

-guru memperkenalkan  replika bunga yang telah dibawa dan bercerita serba sedikit mengenai bunga- bungaan yang terdapat di Malaysia.
-guru seterusnya meminta seorang murid datang ke hadapan dan bercerita mengenai bunga- bungaan yang biasa dijumpai.

-kemudian, guru mengajar murid berpandukan ‘slide Show’ berkenaan dengan bunga-bungaan di Malaysia dengan bantuan ICT.
-seterusnya guru membimbing murid menyanyikan lagu ‘Bunga Bunga.’

-murid mendengar penerangan guru dengan penuh perhatian.


-seorang murid datang ke hadapan dan mengikut arahan guru dengan bercerita mengenai bunga-bungaan yang biasa dijumpai.

-murid mengikut arahan dan melihat ‘slide show’ yang ditunjukkan oleh guru.



-murid menyanyikan lagu dengan bimbingan guru.



ABM:
ICT,lirik lagu( Bunga- Bunga).




Objektif : (i) & (ii)




Nilai:  ketekunan,bersungguh-sungguh




KBKK : menjana idea, menghubungkaitkan

Langkah 2
(10 minit)
-guru memberikan peralatan dan bahan kepada setiap murid untuk  aktiviti seterusnya seperti gam, gunting, kertas warna,dan lidi.
-kemudian, guru memberitahu murid bahawa aktiviti yang seterusnya adalah  membuat origami bunga.
-guru memberikan arahan dengan jelas dan mengajar  murid cara-cara untuk membuat origami bunga sehingga selesai.

-guru meminta murid menghantar origami tersebut setelah selesai.
-murid mengambil bahan yang diberikan oleh guru.




-murid mendengar penerangan  guru.




-murid mengikut arahan yang diberikan oleh guru.






-murid menghantar origami yang telah siap.

ABM: gunting,gam,lidi, kertas warna,




Objektif : (iii)



Nilai:bersungguh-sungguh, ketekunan,kerjasama.

KBKK: menjana idea.

Penutup
(5 minit)

-guru memberikan lembaran kerja kepada murid dan menerangkan cara-cara yang perlu murid buat.
-guru bersoal jawab dengan murid mengenai apa yang telah dipelajari pada hari ini.


-guru merumuskan apa yang telah dipelajari.

-murid mengambil lembaran kerja yang diberikan dan mendengar arahan guru.

-murid menjawab dengan penuh semangat tentang apa yang dipelajari pada hari ini iaitu mengenai bunga- bungaan.

ABM: lembaran kerja
Objektif: (i) & (ii)
Nilai: keyakinan,bersungguh-sungguh,

KBKK:menjana idea

Impak:
Seramai 12/15 orang murid dapat mengikuti pembelajaran yang telah diajar manakala dua orang murid lagi tidak dapat memahami apa yang telah dipelajari. Hal ini kerana alat bantu mengajar yang digunakan kurang menarik perhatian  murid. Oleh sebab itu, guru haruslah mempelbagaikan lagi aktiviti kreatif agar semua murid dapat mengikuti dan memahami pembelajaran guru tersebut.
Lagu kanak-kanak

            Saya ada bunga raya,
Bunga raya sangat cantik,
Saya suka bunga raya
Sebab ia cantik...

Saya ada bunga mawar,
Bunga mawar sangat cantik,
Saya suka bunga mawar,
Sebab ia cantik...

Ini  bunga matahari,
Saya amat sukakannya,
Sebab ia sangat cantik
dan sangat menarik...




Melodi (Tune) : Marry Had a Little lamb




Lembaran Kerja

Nama:                                                                                     Tarikh:

Bulatkan gambar bunga- bungaan.







 



















Tuesday, 27 March 2012

syair nilai sebuah bunga

Ku petik bunga mawar,
Ku letak di kepala,
Ku tanam sini sana,
Harum indah baunya.

Ku tanam pokok orkid,

Ku letak di jendela,
Ku pandang sini sana,
Makin berseri jadinya.

Ku pandang pokok kekwa,
Ku nampak kura-kura,
Ku main sampai senja,
Alamak solat ku terlupa.

Ku main pokok bunga,
Matahari namanya,
Ku petik ambil bijinya,
Habis layu jadinya.

Ku petik bunga raya,
Ku letak di telinga,
Semua orang gembira,
Bila tiba hari raya.

Monday, 12 March 2012

bunga raya


  • ini bunga raya
  • bunga raya ada lima kelopak.
  • bunga raya mempunyai pelbagai warna seperti merah, putih, merah jambu dan kuning.
  • bunga raya melambangkan bunga kebangsaan.

bunga teratai

  • ini bunga teratai.
  • bunga teratai hidup di atas air.
  • bunga teratai mempunyai dua jenis warna iaitu putih dan merah jambu.
  • bunga teratai mempunyai batang yang panjang, buah dan daun yang lebar. 

bunga kertas

  • ini bunga kertas.
  • bunga kertas ada pelbagai warna seperti warna merah, ungu, kuning, putih dan merah jambu.
  • bunga kertas ini mempunyai duri pada batangnya.

bunga kemboja



  • ini bunga kemboja
  • bunga kemboja ada dua jenis warna iaitu warna putih dan merah jambu
  • bunga kemboja berbau harum
  • bunga kemboja mempunyai daun yang panjang.

bunga matahari


  • ini bunga matahari.
  • bunga matahari berwarna kuning.
  • ia mempunyai kelopak yang besar dan berlapis.
  • ia mempunyai batang yang panjang dan daun yang lebar.
  • biji benihnya boleh diproses menjadi kuaci.

bunga mawar


  • bunga mawar atau lebih dikenali nama saintifiknya iaitu Rosaceae.
  • bunga ini mempunyai banyak warna seperti merah, kuning, putih dan juga merah jambu. 
  • bunga ini berbau harum.
  •  
  • batangnya mempunyai duri.
  • bunga ini memiliki kelopak yang banyak.